Fiza bangun daripada tidur lalu mengemas rumah. Adik Fiza pula sedang tidur nyenyak di atas katilnya. Apabila sibuk mengemas rumah, Fiza terdengar suara bisikan. Fiza melihat ke kiri dan ke kanan tetapi tidak kelihatan seorang di dalam rumah kecuali adik Fiza yang masih tidur nyenyak.
Suara bisikan semakin ketara dan bising. Fiza berasa takut dan gementar. Fiza segera memusingkan badannya lalu terlanggar sebuah pasu bunga yang terletak di belakangnya.
"Adui, sakitnya badanku," keluh bunga anggerik. Fiza ternganga seketika. Bunga anggerik boleh bercakap.
Rupa-rupanya Fiza dikurniakan kuasa yang dapat mendengar suara hati tumbuh-tumbuhan. Fiza membuka tingkap rumah. Fiza dapat mendengar suara pokok-pokok dan bunga-bunga dengan jelas. Suara riang, sedih, keluhan, aduan dan bualan di antara tumbuh-tumbuhan di sekitarnya.
Pada hari yang sama, Fiza membuat keputusan untuk mendaki gunung salji. Dengan berbekal keazaman, Fiza bertekad untuk bertemu dengan bunga kristal. Fiza ingin menunaikan tanggungjawab yang diarahkan oleh gadis jelmaan yang muncul di dalam mimpinya. Fiza percaya bunga kristal akan berada di dalam bahaya jika Fiza tidak memberi perlindungan kepada bunga kristal.
Seperti yang dijangka oleh Fiza, lima ekor kala jengking yang berlainan warna sedang bergaduh dan berebut bunga kristal. Fiza menggunakan kuasa yang dimilikinya dan berjaya mengalahkan lima ekor kala jengking dengan sekelip mata. Lima ekor kala jengking tunduk dan akur kepada Fiza.
Setiap hari, Fiza berulang alik dari kampung ke gunung salji untuk menjaga bunga kristal. Dengan kuasanya, Fiza kini merawat pokok-pokok dan bunga-bunga yang sakit. Sejak hari itu, Fiza dikenali sebagai "Doktor Bunga Ajaib".
(TAMAT)
Sila tekan sini untuk membaca bahagian 1
No comments:
Post a Comment