Pada suatu zaman dahulu, terdapat sekuntum bunga kristal yang cantik tumbuh di atas gunung salji. Bunga kristal itu berwarna unggu muda. Pada waktu malam, bunga kristal akan bernyala terang seperti lampu. Kecerahan cahayanya menerangi gunung salji.
Penduduk kampung yang tinggal di kaki gunung salji tahu tentang hikayat bunga kristal yang ajaib. Kononnya, terdapat seekor kala jengking berbisa mengawasi bunga kristal sepanjang masa. Penduduk kampung dilarang untuk memanjat gunung salji atau mendekati bunga kristal. Menurut orang-orang tua yang tinggal di kampung itu, sesiapa yang mendekati bunga kristal akan disengat oleh kala jengking berbisa.
Di kampung itu, terdapat seorang lelaki yang lemah lembut dan suka menanam bunga. Namanya ialah Fiza. Sikap Fiza yang lemah lembut sering menerima ejekan daripada kawan-kawan sebayanya. Fiza tidak kisah dengan ejekan kawan-kawannya dan suka menolong sesiapa yang datang meminta tolong. Sikap Fiza amat disenangi oleh orang-orang tua di kampung.
Pada suatu malam, Fiza bermimpi seekor kala jengking menjelma menjadi seorang gadis yang pucat dan datang meminta tolong daripada Fiza. Gadis jelmaan kelihatan sakit dan tidak bermaya. Kata gadis jelmaan, "Fiza, aku serahkan bunga kristal dan kuasa aku kepadamu. Tolong aku jaga bunga kristal." Gadis jelmaan memancarkan cahaya yang sungguh terang sehingga rebah di atas lantai.
"Jangan!" jerit Fiza lalu terjaga daripada tidur. Badan Fiza basah berpeluh. Fiza duduk kaku di atas katil, memikirkan mimpinya yang pelik.
(BERSAMBUNG)
Sila tekan sini untuk membaca bahagian 2
No comments:
Post a Comment