Wednesday, 10 August 2022

THIS BOOK JUST ATE MY DOG


 Written by Richard Byrne

Ages 2-5 |  32 Pages

Publisher : Henry Holt and Co.

Purchase from : any online retailer, bookstore

Introduction : Wanted. Nice reader to show this naughty book who's boss. Please help!

This story book brings an easy plot of story yet hilarious.  This book just ate my dog? What..?

At their young age, children develop reading habit at the same time roar with all wild imagination inside their world.  This book brings a lot of fun when they discovered this is a naughty book. The dog and others disappeared in this book and what next? 

Some bonding times with kids session as we have a laughing session while reading the books, enjoying hilarious story the book brought to us... we did enjoy very much. Great story book.


Jalan cerita buku ini sungguh mudah difahami dan sungguh kelakar.  Anjing saya telah dimakan oleh buku?

Dengan daya imaginasi yang tinggi, anak-anak kecil dapat membina tabiat  membaca buku cerita dengan mantap jika membaca buku cerita yang menarik.  Di dalam buku cerita ini, mereka akan mendapati buku ini adalah buku yang nakal. Buku ini akan makan anjing Bella dan yang lain-lain. Apa yang akan berlaku seterusnya?

Melalui pembacaan buku cerita ini, ibu bapa dan anak-anak dapat meluang masa gembira bersama-sama. Buku ini sangat bagus dan amat rekomen untuk anak-anak yang berumur 2-5 tahun.


Thursday, 4 August 2022

FIZA DAN BUNGA KRISTAL (BAHAGIAN 1)


Pada  suatu  zaman  dahulu,  terdapat  sekuntum  bunga  kristal  yang  cantik  tumbuh  di  atas  gunung  salji.  Bunga  kristal  itu  berwarna  unggu  muda.  Pada  waktu  malam,  bunga  kristal  akan  bernyala  terang  seperti  lampu.  Kecerahan  cahayanya  menerangi  gunung  salji.

    Penduduk  kampung  yang  tinggal  di  kaki  gunung  salji  tahu  tentang  hikayat  bunga  kristal  yang  ajaib.  Kononnya,  terdapat  seekor  kala  jengking  berbisa  mengawasi  bunga  kristal  sepanjang  masa.  Penduduk  kampung  dilarang  untuk  memanjat  gunung  salji  atau  mendekati  bunga  kristal.  Menurut  orang-orang  tua  yang  tinggal  di  kampung  itu, sesiapa  yang  mendekati  bunga  kristal  akan  disengat  oleh  kala  jengking  berbisa.

    Di  kampung  itu,  terdapat  seorang  lelaki  yang  lemah  lembut  dan  suka  menanam  bunga.  Namanya  ialah  Fiza.  Sikap  Fiza  yang  lemah  lembut  sering  menerima  ejekan  daripada  kawan-kawan  sebayanya.  Fiza  tidak  kisah  dengan  ejekan  kawan-kawannya  dan  suka  menolong  sesiapa  yang  datang  meminta  tolong.  Sikap  Fiza  amat  disenangi  oleh  orang-orang  tua  di  kampung.  

    Pada  suatu  malam,  Fiza  bermimpi  seekor  kala  jengking  menjelma  menjadi  seorang  gadis  yang  pucat  dan  datang  meminta  tolong  daripada  Fiza.  Gadis  jelmaan  kelihatan  sakit  dan  tidak  bermaya.  Kata  gadis  jelmaan,  "Fiza,  aku  serahkan  bunga  kristal  dan  kuasa  aku  kepadamu.  Tolong  aku  jaga  bunga  kristal."  Gadis  jelmaan  memancarkan  cahaya  yang  sungguh  terang  sehingga  rebah  di  atas  lantai.

    "Jangan!"  jerit  Fiza  lalu  terjaga  daripada  tidur.  Badan  Fiza  basah  berpeluh.  Fiza  duduk  kaku  di  atas  katil,  memikirkan  mimpinya  yang  pelik


(BERSAMBUNG)

Sila  tekan  sini  untuk  membaca  bahagian  2