Selain haiwan dan tumbuh-tumbuhan, manusia juga hidup di bumi. Pada zaman purba, manusia adalah hidup di dalam gua. Manusia hidup dengan bercucuk tanam dan memburu haiwan. Pada masa itu, manusia hidup secara berkelompok dan mengamalkan hidup saling tolong-menolong.
Sehingga kini, manusia masih hidup secara berkelompok iaitu dikenali sebagai masyarakat. Manusia hidup lebih bertamadun dan masih mengamalkan hidup saling tolong-menolong. Manusia mendirikan kilang, bangunan tinggi dan banyak bergantung kepada teknologi yang canggih. Banyak ciptaan manusia seperti telefon, kereta, lampu, komputer dan sebagainya telah membawa keselesaan kepada manusia.
Melalui cerita-cerita datuk dan nenek, saya berasa gembira kerana dapat hidup di bumi tanpa peperangan. Saya berharap keindahan alam semula jadi di bumi dapat dikekalkan agar generasi yang akan datang dapat melihat keindahan bumi. Saya sayang akan bumi.