Kalau dilihat dari jauh, planet Marikh berwarna merah dan mempunyai dua bulan. Menarik betul jika langit kita mempunyai dua bulan. Atmosfera planet Marikh pula sangat nipis. Oleh itu, planet Marikh sentiasa mempunyai suhu yang rendah.
Planet Marikh mempunyai takungan air beku yang luas, gunung berapi yang tinggi, ribut debu dan kandungan oksigen yang rendah. Bagaimana dengan saiz planet Marikh? Cuba teka, kawan-kawan. Planet Marikh atau bumi mempunyai saiz yang lebih besar?
Satu hari di planet Marikh adalah 24 jam dan 37 minit dan satu tahun di planet Marikh adalah 687 hari di bumi.
Sekarang mari Bobi menjawab soalan tadi. Jawapannya ialah bumi. Ini adalah kerana saiz Marikh hanya kira-kira separuh daripada saiz bumi. Tahniah kepada kawan-kawan yang menjawab dengan betul.