Saturday, 30 July 2022

SIPUT YANG LAPAR


Sesuai untuk umur 4+ |  18 muka surat

Terbitan : Penerbitan Pelangi  Sdn Bhd


Boleh dibeli : di kedai buku atau secara talian

Pengenalan : Saya seekor siput. Terdapat satu cangkerang yang besar di belakang badan saya.

Buku cerita ini merupakan cerita sains yang sesuai untuk kanak-kanak yang sentiasa bersifat ingin tahu tentang kejadian di sekeliling mereka terutama haiwan.  Penggunaan ayat dalam buku cerita ini agak mudah dan sesuai dibaca berulang kali kepada anak-anak tadika atau sekolah rendah tahap rendah. Buku ini merangkumi fakta-fakta yang menarik mengenai siput dan juga menggalakkan anak-anak saya meneliti haiwan ini di setiap selekoh taman untuk mencari siput pada waktu lewat petang. Anak-anak saya amat suka dengan buku cerita ini

This story book is quite interesting for younger kids and include some animal science fact which able to arouse their curiosity about animals. When kids allowed to be free and live at their own pace, they are natural scientist. Thus this book is very good as it includes some cool facts about snail.  Simple words used and suitable to read again and again to kindy kids or lower primary kids. My kids love to read this story and they love to explore snail in the garden in the evening. 


Please click here to see more info about the book.

Thursday, 28 July 2022

ADIK TIRI (BAHAGIAN 2)


                           ********************

    "Kakak,  tunggu  adik,"  jerit  Lee  San  sambil  berlari  dengan  sepenuh  tenaga.

    Lee  San  tercunggap-cunggap  lalu  tersenyum  kepada  Mei  San.  "Nah, ambil  ini!"  kata  Lee  San.  "Bekalan  makanan  ini  disediakan  oleh  ibu.  Ini  pula  untuk  saya,"  kata  Lee  San  lagi.

    Mei  San  membalas  senyuman  Lee  San.  Mei  San  mengelap  peluh  pada  muka  Lee  San.  Hubungan  Mei  San  dan  Lee  San  agak  rapat  sejak  kecil  lagi.  Walaupun  berlainan  ibu  kandung,  tetapi  hubungan  Mei  San  dan  Lee  San  seperti  aur  dengan  tebing.

    Tetapi  hubungan  Mei  San  dan  Lee  San  ditakdirkan  mengalami  rintangan.  Semasa  Mei  San  berumur  lima  belas  tahun,  bapa  Mei  San  tiba-tiba  meninggal  dunia  akibat  penyakit  jantung.  Ibu  Lee  San  mewarisi  semua  harta  benda  yang  dimiliki  oleh  suaminya.  Tidak  lama  kemudian,  Mei  San  berasa  tidak  puas  hati  dengan  layanan  dingin  daripada  ibu  Lee  San.  Malah  Mei  San  berasa  ibu  Lee  San  bersikap  pilih  kasih  terhadap  anak  kandungnya,  Lee  San.  Mei  San  kerap  bertengkar  dengan  ibu  Lee  San.

    Dua  bulan  kemudian,  Mei  San  dihantar  ke  sekolah  asrama  penuh  manakala  Lee  San  meneruskan  pelajarannya  di  sekolah  antarabangsa.  Sejak  hari  itu,  hubungan  Mei  San  dan  Lee  San  menjadi  lenggang.  Mei  San  belajar  bersungguh-sungguh  sehingga  berjaya  mendapat  biasiswa  penuh  ke  universiti  luar  negara.  

                           ********************
    
    Mei  San  koma  selama  dua  hari.  Apabila  Mei  San  sedar,  Lee  San  sedang  duduk  di  tepi  katilnya.  Rupa  dan  bentuk  badan  Lee  San  telah  banyak  berubahNamun,  senyuman  Lee  San  tetap  manis  seperti  dahulu.

    Mei  San  dan  Lee  San  berbual  selama  tiga  jam.  Rupa-rupanya  ibu  Lee  San  telah  meninggal  dunia  dua  minggu lalu  akibat  penyakit  barah.  Ibu  Lee  San  telah  meninggalkan  sepucuk  surat  untuk  Mei  San.

    Selepas  membaca  surat  peninggalan  ibu  Lee  San,  hati  Mei  San  berasa  pilu.  Sejak  bapa  meninggal  dunia,  ibu  Lee  San  telah  mengambil alih  perniagaan  bapa  yang  hampir  lingkup.  Ibu  Lee  San  telah  menjual  hampir  semua  harta  benda  milik  bapa  demi  meneruskan  perniagaan  bapa.  Lee  San  dapat  meneruskan  pelajarannya  di  sekolah  antarabangsa  atas  tajaan  Mak  Cik  Mina,  sepupu  ibu  Lee  San  yang  tinggal  di  Kanada.

    Mei  San  menangis  dengan  sekuat  hatinya.  "Maafkan  aku,  Lee  San.  Oh, ibu! Maafkan  aku,  ibu,"  ujar  Mei  San  sambil memeluk  Lee  San  dengan  erat.

(TAMAT)

Sila  tekan  sini  untuk  membaca  bahagian  1