Si Comel adalah seekor kucing yang sungguh comel. Si Comel tinggal bersama-sama dengan ibu bapanya di pinggir hutan. Si Comel selalu bermain di halaman rumah dengan haiwan-haiwan lain. Setiap kali keluar bermain, ibu bapa Si Comel akan menasihati Si Comel agar tidak masuk ke dalam hutan. Si Comel amat patuh dengan kata-kata ibu bapanya.
Pada suatu hari, seekor kambing yang bernama Si Kerinting mengajak haiwan-haiwan lain untuk masuk ke dalam hutan. Si Comel menolak ajakan Si Kerinting dan menyuruh haiwan-haiwan lain agar tidak mengikut Si Kerinting masuk ke dalam hutan.
"Si Comel kucing yang taat tetapi penakut," kata Si Kerinting. Semua haiwan ketawa terbahak-bahak.
Si Comel berasa marah lalu berkata, "Saya adalah kucing yang berani. Saya akan masuk ke dalam hutan sekarang juga."
Si Comel meluru masuk ke hutan. Setelah berjalan selama sejam, Si Comel berasa letih. Si Comel duduk di atas pokok tumbang untuk berehat. Perasaan marah Si Comel hilang. Si Comel berasa lapar dan dahaga.
Tiba-tiba angin sejuk bertiup dan bunyi angin sepoi-sepoi yang mengerikan. Si Comel berasa takut. Si Comel teringat ibu bapa sedang menunggunya di rumah.
Si Comel berasa menyesal dengan tindakannya yang terburu-buru. Si Comel menangis sehingga tertidur di atas pokok tumbang.
BERSAMBUNG....
Sila tekan sini untuk bahagian 2