Minah mempunyai seorang kawan yang baik. Namanya Fini, murid dari kelas sebelah. Walaupun mereka mempunyai wajah yang berbeza, mereka mempunyai fikiran, pertuturan dan kelakuan yang agak sama. Oleh itu, ramai murid dan guru suka memanggil mereka kembar.
Minah dan Fini sentiasa kelihatan riang tetapi apabila tiba waktu rehat pagi ini, wajah mereka bertukar menjadi tegas. Minah dan Fini duduk bersama-sama di meja kantin. Minah dan Fini tidak bersuara dan saling memandang mata masing-masing seperti sedang berbincang sesuatu. Badan Minah dan Fini seolah-olah kaku seketika.
Arnik duduk tidak jauh dari Minah dan Fini. Arnik memerhati gerak geri Minah sambil makan makanan yang disediakan oleh ibu Arnik pada awal pagi. Selepas Fini meninggalkan kantin, Minah berjalan menuju ke arah Arnik. Fikiran Arnik bercelaru tetapi Arnik cuba berlagak seperti biasa.
"Hai, Minah," ujar Arnik. Minah tidak banyak berkata. Minah hanya tersenyum dan meninggalkan Arnik.
Selepas sekolah tamat, Arnik mengekori Minah menuju ke perhentian bas. Tidak seperti biasa, Fini tidak menaiki bas dengan Minah. Apabila bas sampai, murid-murid berdayun-dayun menaiki bas dan Arnik kehilangan jejak Minah.
Sejak hari itu, Arnik tidak lagi bertemu dengan Minah. Yang paling aneh adalah Minah dan Fini dikatakan telah berpindah ke bandar lain bersama-sama dengan keluarganya.
(TAMAT)
Sila tekan di sini untuk bahagian 2
No comments:
Post a Comment