Hotel yang bapa Aiman tempah sungguh mewah. Di dalam hotel itu, terdapat kolam yang besar, taman permainan dan akuarium yang cantik. Aiman tergamam melihat kecantikan hotel itu.
Aiman tidak sabar untuk pergi berenang di kolam yang besar. Ibu bapa Aiman membawa Aiman ke kolam renang. Bapa Aiman duduk di kerusi sambil membaca surat khabar. Ibu Aiman membawa Aiman membersihkan diri dan memanaskan badan di tepi kolam.
Ibu Aiman menyeru Aiman agar berenang di kolam renang kanak-kanak. Aiman degil dan tidak mendengar nasihat ibu. Aiman pergi berenang di kolam renang dewasa dengan pelampungnya.
Aiman bermain dengan gembira. Aiman melompat ke kolam renang dewasa dengan pelampungnya. Aiman terlalu leka bermain sehingga terlupa menggenggam erat pelampungnya. Aiman menjerit sekuat hati dan diselamatkan oleh bapanya.
Aiman menangis ketakutan dan memeluk ibunya apabila dibawa ke tepi kolam. Aiman meminta maaf kepada ibu bapanya kerana degil dan tidak mendengar nasihatnya.