Amisa adalah seorang ahli sihir yang baik hati. Amisa mempunyai sebatang tongkat sakti yang diberikan oleh neneknya. Sejak berkahwin dengan Herman, Amisa tidak pernah menggunakan tongkat sakti itu. Amisa mengemas rumah, mencuci baju dan memasak dengan keupayaan sendiri. Amisa ingin hidup berdikari seperti Herman.
Setiap pagi sebelum fajar menjelang, Amisa akan pergi bekerja. Pada waktu senja, Amisa akan balik ke rumah untuk memasak. Kehidupan Herman dan Amisa semakin baik selepas menggunakan tongkat sakti. Keadaan Herman juga semakin pulih.
Tetapi Amisa berasa serba salah kerana berbohong dengan Herman. Justeru, Amisa berterus terang dengan Herman. Suaminya bukan sahaja tidak marah malah terharu dengan kejujuran Amisa. Herman keluar bekerja selepas pulih dan Amisa bertekad tidak menggunakan tongkat saktinya lagi.