Wednesday, 9 March 2022

MAKHLUK ASING (BAHAGIAN 2)


Arnik  menyembunyikan  dirinya  di  belakang  almari  yang  tinggi.  Arnik  berasa  panas  dan  mula  berasa  tidak  selesa.  Tetapi  kelibat  makhluk  asing  dan  Minah  tidak  kelihatan  setelah  menunggu  setengah  jam.  Arnik  keluar  dari  belakang  almari  dan  berjengket-jengket  ke  arah  tingkap.

    Arnik  seolah-olah  tidak  percaya  dengan  apa  yang  dilihatnya.  Keadaan  ladang  teh  sungguh  sunyi  sepi.  Tiada  kapal  makhluk  asing,  makhluk  asing  atau  Minah  di  sekitar  ladang  teh.  Arnik  menggarukan  kepalanya  yang  tidak  gatal.

    Arnik  keluar  dari  pondok  dengan  perlahan-lahan  lalu  turun  ke  ladang  teh.  Mata  Arnik  mencari  kelibat  makhluk  asing  dan  Minah  tetapi  gagal.  Arnik  memeriksa  keadaan  ladang  teh.  Namun,  tiada  tapak  atau  kesan  yang  ditinggalkan  oleh  makhluk  asing  dan  Minah.

    Pada  malam  itu,  Arnik  tidak  dapat  tidur.  Arnik  masih  memikirkan  bola  mata  Minah  yang  berwarna  hijau  dan  berkilau.  Adakah  Minah  makhluk  asing?

    Pada  keesokan  hari,  Arnik  masuk  ke  dalam  kelas.  Arnik  ternampak  Minah  sedang  berbual-bual  dengan  rakan  sekelasnya.  Arnik  memerhati  Minah  secara  senyap.  Bola  mata  Minah  berwarna  hitam.  Kelakuan  Minah  juga  seperti  biasa.  Arnik  berasa  keliru  dengan  kejadian  semalam

    "Adakah  aku  bermimpi  malam  tadi?  Atau  Minah  ini  bukan  Minah  semalam?"  Arnik  membebel  seorang  diri.


BERSAMBUNG...


Sila  tekan  sini  untuk  bahagian 1  dan  sini  bahagian  3

Monday, 7 March 2022

CONE-HEAD ZOMBIE'S BIRTHDAY

YQ 9 years old | YQ 9 tahun

This drawing illustrated a cone-head zombie is having his birthday today. He looks like a man in the daytime but no one knows his secret. He is celebrating his unknown years birthday today after he stopped counting his age. 

Lukisan ini menggambarkan satu zombi yang sedang menyambut tahun kelahirannnya. Zombi ini mempunyai rupa seperti manusia pada waktu siang tetapi tiada sesiapa yang mengetahui rahsianya.