Sunday, 27 February 2022

MAKHLUK ASING (BAHAGIAN 1)

Arnik  menghadap  ke  arah  langit  pada  lewat  malam.  Arnik  melihat  jam  pada  dinding  rumah.  Jam  menunjukkan  dua  pagi  tetapi  Arnik  tidak  berasa  mengantuk.

    Tiba-tiba,  sesuatu  objek  yang  berkilau  terbang  menuju  ke  arah  Arnik.  Objek  itu  berbentuk  bulat  dan  kelihatan  berputar.  Objek  itu  mendarat  di  ladang  teh  yang  berhadapan  dengan  rumah  Arnik.  Dengan  perasaan  gelisah,  Arnik  bergerak  keluar  dari  rumah  dan  menyelinap  ke  dalam  pondok  bersebelahan  dengan  ladang  teh.

    Arnik  melihat  satu  makhluk  asing  yang  berbadan  hijau  sedang  turun  dari  kapal  angkasa.  Makhluk  asing  seperti  sedang  menunggu  sesuatu.  Sejurus  kemudian,  muncul  seorang  perempuan  yang  dikenali  oleh  Arnik.  Dia  adalah  rakan  sekelas  Arnik  yang  bernama  Minah.

    Apabila  Minah  asyik  berbincang  dengan  makhluk  asing,  Arnik  tersepak  botol-botol  kaca.  Hati  Arnik  berdegup  pantas.  Bunyi  botol-botol  kaca  yang  bergulung  di  atas  lantai  telah  menarik  perhatian  makhluk  asing  dan  Minah.

    Makhluk  asing  berjalan  menuju  ke  pondok.  Peluh  membasahi  muka  Arnik.  Jari-jari  Arnik  bergenggam  erat  sambil  berdoa  agar  dia  terselamat  dari  malapetaka.  Tidak  lama  kemudian,  kedengaran  bunyi  tangga  papan  berkeriuk.  Makhluk  asing  sedang  menaiki  tangga  pondok.  


BERSAMBUNG...


Sila  tekan sini untuk bahagian 2

Saturday, 26 February 2022

JAMES AND THE GIANT PEACH

Written by Roald Dahl


Illustrated by Quentin Blake

Ages 7+ |  160 Pages

Publisher : Puffin Books

Purchase from : any online retailer, bookstore

Introduction : James Henry Trotter's parents have been eaten by a rhinoceros, so now he lives with his two repulsive aunts.

This is another interesting book from Roald Dahl. Story begins with a poor boy name James Henry Trotter who lost his parents and he had to stay  in a queer ramshackle house with his wicked aunties, Aunt Sponge and Aunt Spiker. His life become sorrow for three years.  Then one day, an old man in a funny dark-green suit appears and gives James a bag of green little stones size of a grain of rice. The old man swears that green little stones could reverse his miserable life. But James spills the little stones near the old peach tree. From old tree, a peach grows and grows and grows until it becomes into a giant peach. James miserable life turns into an adventure.

Great adventure books with amusing character brings you another imaginary world. My kids love this book very much. 



Buku cerita ini adalah salah sebuah buku yang ditulis oleh Roald Dahl. Cerita bermula dengan seorang budak lelaki yang bernama James Henry Trotter yang telah kehilangan ibu bapa. James terpaksa tinggal dengan Mak Cik Sponge dan Mak Cik Spiker di sebuah rumah yang lama. Kedua-dua mak ciknya memberi layanan buruk kepada James. Selepas tiga tahun, seorang lelaki tua yang berbaju hijau tua muncul di laman rumah dan memberi bag yang mengandungi batu-batu hijau kecil kepada James. Batu-batu hijau mempunyai kuasa untuk mengubah hidupnya tetapi James secara tidak sengaja menjatuhkan semua batu hijau ke atas tanah berhampiran dengan pokok pic. Sebiji pic tumbuh dengan cepat dan membesar sehingga menjadi gergasi pic. Hidup James berubah dan penuh dengan pengembaraan. 

Buku ini penuh dengan cerita pengembaraan dan watak yang menghiburkan serta memberi ruangan imaginasi untuk anak-anak sekalian. Anak saya suka membaca buku cerita ini.