Telur adalah makanan kegemaran bagi kebanyakan orang. Telur boleh dijadikan sarapan yang lazat dan berkhasiat. Menu sarapan ringkas seperti telur mata kerbau, telur didih separuh masak, roti telur goreng, telur dadar sayuran dan pasta dengan telur digemari ramai.
Telur mempunyai sumber protein yang baik untuk kesihatan badan. Ia dapat membantu pembentukan otot dan tulang. Asid amino di dalam telur juga mengandungi sumber tenaga dan boleh membantu anda kenyang lebih lama.
Selain itu, telur dapat menguatkan daya ingatan. Sumber kolin yang terdapat di dalam telur mampu menguatkan fungsi otak. Telur juga kaya dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin A, D dan E.
Emak saya suka menyediakan sarapan saya dengan telur, roti, susu dan sayur-sayuran. Di antara menu sarapan telur, saya paling suka makan telur mata kerbau. Bagaimana pula dengan anda?