Tuesday, 4 January 2022

PAK KARIM


Pak  Karim  adalah  seorang  petani  yang  sangat  rajin  bekerja.  Anak-anak  Pak  Karim  bekerja  di  luar  negara  dan  sering  mengirim  wang  kepada  Pak  Karim.  Walaupun  Pak  Karim  mampu  hidup  senang  tetapi  Pak  Karim  tidak  pernah  angkuh.  

    Setiap  hari,  Pak  Karim  akan  turun  ke  sawah  untuk  membajak  sawah  padi.  Pekerja-pekerja  di  sawah  padi  suka  akan  Pak  Karim  kerana  keramahannya.

    Pak  Karim  mempunyai  sebuah  traktor  yang  lama.  Setiap  petang,  Pak  Karim  akan  memandu  traktornya  untuk  memeriksa  reban  ayam,  kolam  itik  dan  kebun  sayur  yang  tidak  jauh  dari  rumahnya.  Pak  Karim  juga  akan  memandu  traktornya  mengelilingi  sawah  padi  dan  menegur  sapa  dengan  penduduk  kampung.  

    Setiap  minggu,  isteri  Pak  Karim  akan  memasak  banyak  makanan  dan  dibungkus  dengan  rapi.  Setelah  itu,  Pak  Karim  akan  mengagihkan  makanan  yang  dibungkus  kepada  keluarga  miskin  dengan  traktornya.

    Pada  suatu  hari,  traktor  Pak  Karim  rosak  dan  tidak  dapat  dibaiki  semula.  Pak  Karim  mengayuh  sebuah  basikal  untuk  memeriksa  reban  ayam,  kolam  itik  dan  kebun  sayur.  Pak  Karim  juga  mengayuh  basikalnya  mengelilingi  sawah  padi  dan  mengagihkan  makanan.  Usaha  baik  Pak  Karim  mendapat  pujian  daripada  penduduk  kampung.

    Isteri  Pak  Karim  berasa  sedih  melihat  suaminya  yang  letih  lalu  berkata, "Karim,  apa  kata  kami  beli  sebuah  motosikal?"   

    Pak  Karim  terus  bersetuju.  Pak  Karim  memberi  senyuman  manis  kepada  Minah,  isteri  kesayangannya  dan  berkata,  "  Sayang  Minah."

Sunday, 2 January 2022

THE PRINCESS AND THE PEA


Based on story by  Hans Christian Andersen


Retold by Susanna Davidson

Illustrated by Mike Gordon

Ages 6-9 |  48 Pages

Publisher : Usborne

Purchase from : any online retailer, bookstore

Introduction : Prince Patrick wants to marry a real princess but they're not easy to find. Still, anything is possible with the help of a cousin, a witch and a pea...

This book is in Series One of Usborne Young Reading and carries an easy reading text. This book is very suitable for a young reader who have just started reading alone. It is easy to understand with attractive pictures. For those kids who enjoy parents companion during reading story books, the book provides you an interesting story from the beginning.


Buku cerita ini adalah siri pertama dalam program Usborne Young Reading. Buku ini amat sesuai bagi kanak-kanak yang mula membaca buku cerita sendiri. Buku ini merangkumi ayat yang mudah dibaca, difahami dan gambar-gambar yang menarik. Buku ini juga boleh dibaca oleh ibu bapa kepada kanak-kanak yang masih memerlukan bimbingan. Kanak-kanak tidak akan berasa jemu kerana jalan cerita yang menarik.


About Hans Christian Andersen | Mengenai Hans Christian Andersen

He was born in Denmark in 1805, the son of a poor shoemaker. He left home at fourteen to seek his fortune and became famous all over the world as a writer of fairy tales.

Beliau dilahirkan di Denmark pada tahun 1805. Beliau adalah anak kepada seorang tukang kasut yang sangat miskin.  Beliau meninggalkan rumah pada usia 14 untuk mencari rezeki dan berjaya menjadi seorang penulis cerita dongeng yang terkenal di seluruh dunia.