Adik-adik, apakah khasiat yang terkandung dalam buah manggis? Cuba teka.
A) Vitamin C B) Serat C) Antioksidan
D) Semua di atas
Sebenarnya, buah manggis mempunyai banyak khasiat seperti vitamin C, serat dan antioksidan. Tahniah kepada adik-adik yang dapat menjawab dengan betul. Dengan vitamin C, serat dan antioksidan, sistem pertahanan badan kita dapat dikuatkan.
Vitamin C diperlukan di dalam badan kita agar sel-sel badan mampu melawan penyakit. Serat pula dapat memastikan makanan dalam badan kita dihadam dengan mudah. Tetapi apakah itu antioksidan? Antioksidan adalah bahan yang melindungi sel-sel badan dan kulit daripada rosak. Ini kerana badan dan kulit kita sentiasa terdedah kepada cahaya matahari, asap rokok, bakteria berbahaya dan pemakanan yang tidak sihat.
Baiklah adik-adik. Setelah mengetahui khasiat buah manggis, marilah kita bersama-sama menikmati buah manggis yang enak.