Thursday, 12 August 2021

SUARA HAIWAN APA YANG PALING BAIK?

Lapan  kelompok  haiwan  sedang  berkumpul  di  dalam  hutan.  Ia  terdiri  daripada  kelompok  singa,  ayam,  monyet,  kuda,  katak,  kambing,  gajah  dan  burung.  Lapan  kelompok  haiwan  tersebut  sedang  membincangkan  acara  persembahan  menyanyi  yang  akan  diadakan  pada  hujung  bulan.

    Semua  kelompok  haiwan  memuji  suara  kelompok  sendiri  yang  terbaik.  Masing-masing  ingin  membuat  persembahan  pada  malam  jamuan  hari  jadi  anak  Raja  Rimba.

    "Kelompok  kami  boleh  mengaum  dengan  kuat,"  kata  ketua  singa.

    "Kelompok  kami  boleh  berkokok  dengan  nyaring,"  kata  ketua  ayam.

    "Kelompok  kami  boleh  mengerih  dengan  riuh,"  kata  ketua  monyet.

    'Kelompok  kami  boleh  meringkik  dengan  hebat,"  kata  ketua  kuda.

    "Kelompok  kami  boleh  berdengkang  dengan  lantang,"  kata  ketua  katak.

    "Kelompok  kami  boleh  mengembek  dengan  suara  yang  enak,"  kata  ketua  kambing.

    "Kelompok  kami  boleh  menderum  dengan  hebat  sekali,"  kata  ketua  gajah.

    "Kelompok  kami  boleh  berkicau  dengan  merdu,"  kata  ketua  burung.

    Setelah  berdebat  dengan  lama,  tiada  keputusan  yang  dapat  dibuat.  Oleh  itu,  ketua  haiwan-haiwan  bersetuju  untuk  menjemput  Sang  Kancil  yang  bijaksana.  

    Setelah  berfikir,  Sang  Kancil  mula  bersuara.  "Semua  haiwan  mempunyai  suara  yang  unik.  Oleh  itu,  semua  haiwan  haruslah  bernyanyi  bersama-sama  supaya  persembahan  menjadi  lebih  menarik,  kata  Sang  Kancil.
  

Friday, 6 August 2021

BOBI ANGKASAWAN YANG ULUNG EPISOD 7 (PLANET MARIKH)

Hari  ini  Bobi  akan  membawa  kawan-kawan  melihat  jiran  bumi  iaitu  planet  Marikh  (English  known  as  Mars).  Sungguh  gembira  mengembara  di  ruang  angkasa  lepas.  Roket  Riatelah  mengambil  kira-kira  300  hari  untuk  terbang  dari  bumi  ke  planet  Marikh.
    
    Kalau  dilihat  dari  jauh,  planet  Marikh  berwarna  merah  dan  mempunyai  dua  bulan.  Menarik  betul  jika  langit  kita  mempunyai  dua  bulan.  Atmosfera  planet  Marikh  pula  sangat  nipis.  Oleh  itu,  planet  Marikh  sentiasa  mempunyai  suhu  yang  rendah.

    Planet  Marikh  mempunyai  takungan  air  beku  yang  luas,  gunung  berapi  yang  tinggi,  ribut  debu  dan  kandungan  oksigen  yang  rendah.  Bagaimana  dengan  saiz  planet  Marikh?  Cuba  teka,  kawan-kawan.  Planet  Marikh  atau  bumi  mempunyai  saiz  yang  lebih  besar?

    Satu  hari  di  planet  Marikh  adalah  24  jam  dan  37  minit  dan  satu  tahun  di  planet  Marikh  adalah  687  hari  di  bumi.   

    Sekarang  mari  Bobi  menjawab  soalan  tadi.  Jawapannya  ialah  bumi.  Ini  adalah  kerana  saiz  Marikh  hanya  kira-kira  separuh  daripada  saiz  bumi.  Tahniah  kepada  kawan-kawan  yang  menjawab  dengan  betul.

    Sampai  di  sini  sahaja  pengalaman  ke  planet  Marikh  bersama  Bobi.  Jumpa  lagi  di  episod  yang  seterusnya.  Ta-ta.