Pada musim cuti sekolah, bapa Johari menghantar Johari untuk berlatih badminton dengan Cikgu Lee. Johari dan rakan-rakannya berlatih di dewan serbaguna. Johari telah mendaftar nama untuk menyertai pertandingan badminton di sekolah. Oleh itu, Johari berlatih bersungguh-sungguh agar mendapat juara di dalam pertandingan badminton.
Pada hari pertandingan, Johari telah bersiap sedia untuk bertanding. Tetapi, Johari melakukan beberapa kesilapan semasa bertanding. Kawan-kawan Johari ketawa apabila Johari terjatuh beberapa kali di gelanggang badminton. Setelah berusaha keras, Johari tidak mendapat pingat di dalam pertandingan badminton.
Johari tidak berasa sedih, malah ingin berusaha lebih gigih untuk pertandingan badminton pada masa hadapan. Siva dan ibu bapa Johari banyak memberi sokongan kepada Johari. Dengan keazaman yang tinggi, Johari yakin bahawa dia akan berjaya meraih pingat johan dalam pertandingan badminton kelak.