Thursday, 24 June 2021

SAMBUTAN HARI JADI KELAPAN


Hari  ini  hari  jadi  saya  yang  kelapan.  Ibu  bapa  saya  mengadakan  majlis  hari  jadi  untuk  menyambut  hari  jadi  saya.  Mereka  menjemput  kawan-kawan  dan  rakan  sekelas  saya  untuk  datang  ke  majlis  hari  jadi  saya.

    Majlis  hari  jadi  saya  bermula  tidak  lama  lagi.  Saya  menukar  baju  dan  menyikat  rambut  saya  dengan  kemas.  Saya  memakai  baju  kemeja  biru  yang  berleher.  Wah,  segaknya  saya!  Kawan-kawan  saya  datang  tepat  pada  masanya.  Ibu  saudara  dan  sepupu  saya  juga  datang  membantu.  Mereka  memimpin  saya  dan  kawan-kawan  untuk  bermain  permainan  yang  menarik  seperti  ibu  ayam,  rebut  kerusi  dan  memijak  belon.  Suasana  amat  meriah.

    Selepas  selesai  bermain,  ibu  bapa  menjemput  semua  orang  untuk  menjamu  selera.  Ibu  bapa  saya  menyediakan  ayam  goreng,  nasi  goreng,  makaroni  bakar,  sushi,  sate,  kerepek  bayam  ranggup,  telur  rebus,  roti  jala,  agar-agar  dan  kek  buah-buahan.  Masakan  ibu  bapa  saya  memang  hebat.  Kawan-kawan  saya  makan  sehingga  menjilat  jari.  Ibu  saudara  saya  mula  membuat  sesi  bercerita.  Kawan-kawan  saya  berasa  seronok  mendengar  cerita  ibu  saudara.

    Kawan-kawan  saya  balik  selepas  sesi  bercerita  tamat.  Saya  berasa  sangat  gembira  kerana  mendapat  banyak  hadiah.   Tetapi  hadiah  yang  paling  digemari  adalah  hadiah  dari  ibu  bapa  saya  iaitu  sebuah  buku  cerita  yang  bertajuk  "Bobi  Angkasawan  yang  Ulung".  

Wednesday, 23 June 2021

KISAH PARI-PARI BUNGA

Di  sebuah  hutan, terdapat  sekumpulan  pari-pari  bunga  yang  bertugas  untuk  menjaga  kesuburan  bunga-bunga.  Pari-pari  bunga  sangat  rajin  bekerja  dan  bunga-bunga  di  dalam  hutan  selalu  mekar  berkembang.  Ketua  pari-pari  bunga  yang  bernama  Lili  sungguh  bertanggungjawab  dan  dihormati  oleh  pari-pari  bunga.

    Pada  suatu  hari,  Lili  jatuh  sakit  dan  demam.  Lili  makan  ubat  dan  terus  tidur  sehingga  tengah  hari.  Apabila  Lili  bangun,  dia  terkejut  dan  tergesa-gesa  untuk  berjumpa  dengan  pari-pari  bunga.  Lili  mendapati  pari-pari  bunga  sedang  bekerja  tetapi  dalam  keadaan  kelam-kabut.  Dengan  serta-merta,  Lili  mengarahkan  pari-pari  bunga  untuk  berkumpul.  Lili  mengagihkan  semula  kerja-kerja  untuk  pari-pari  bunga  dan  pari-pari  bunga  menurut  kata-kata  Lili.

    Walaupun  Lili  masih  demam,  dia  bekerja  bersungguh-sungguh  dan  memastikan  pari-pari  bunga  melakukan  kerja  dengan  betul.  Selepas  selesai  semua  kerja,  Lili  balik  berehat.  Lili  terlelap  apabila  dia  baring  di  atas  katil.

    Apabila  Lili  sedar,  hari  sudah  gelap.  Lili  berasa  sangat  lapar  kerana  dia  hanya  makan  sedikit  makanan  sahaja  petang  tadi.  Kaki  Lili  lenguh  kerana  tidak  bertenaga.  Lili  berdiri  dengan  perlahan-lahan  dan  ternampak  mejanya  penuh  dengan  makanan  dan  sekeping  nota.