Pada suatu hari, hujan turun dengan lebat. Sang Arnab berlari-lari di dalam hutan untuk mencari tempat berteduh. Malangnya, semua haiwan enggan menerima Sang Arnab dan menghalaunya keluar.
Sang Landak yang baik hati mempelawa Sang Arnab masuk ke sarangnya. Sang Arnab berteduh di sarang Sang Landak sehingga keesokan hari. Apabila Sang Arnab sedang tidur nyenyak, dia dikejutkan oleh duri-duri Sang Landak dan tercedera. Sang Arnab sangat marah dan memukul badan Sang Landak. Badan Sang Landak tidak sakit tetapi tangan Sang Arnab cedera parah. Sang Landak menawarkan dirinya untuk membalut tangan Sang Arnab yang berdarah. Selepas Sang Arnab menenangkan dirinya, Sang Landak berkata, "Aku tidak berniat mencederakan engkau, Sang Arnab. Pagi tadi, angin bertiup kencang, jadi aku ingin menyelimut engkau dengan daun-daun. Tetapi duri badan aku tercucuk badan engkau. Aku tidak sengaja. Maafkan aku, Sang Arnab.