Thursday, 13 January 2022

ORANG UTAN

Hai,  adik-adik  semua.  Monyet  atau  kera  tidak  lagi  asing  di  kalangan  kanak-kanak.  Tetapi  tahukah  anda,  terdapat  sejenis  haiwan  mamalia  yang  juga  tinggal  di  atas  pokok?

    Betul,  kawan-kawan.  Orang  utan  merupakan  sejenis  haiwan  mamalia  yang  besar  dan  tinggal  di  atas  pokok.  Haiwan  mamalia  ini  berasal  dari  negara  Malaysia  dan  Indonesia.  Sekarang, mari  kita  lihat  ciri-ciri  orang  utan.

    Orang  utan   dewasa  mempunyai  telinga,  hidung  dan  mata  yang  kecil.  Bulunya  pula  panjang  dan  berwarna  perang.  Orang  utan  tidak  mempunyai  ekor  tetapi  lengannya  agak  panjang.  Lengan  orang  utan  amat  bertenaga  dan  boleh  mencapai  dua  meter.

    Orang  utan  hidup  dengan  makan  buah-buahan,  daun-daun, kulit  kayu,  pucuk  dan  bunga.  Orang  utan  tidak  gemar  bersosial  dan  banyak  menghabiskan  masa  hidup  bersendirian  di  atas  pokok.  Oleh  itu,  orang  utan  jantan  jarang  bergaduh  atau  merebut  kawasan.

    Pusat  Rehabilitasi  Hidupan  Liar  Sepilok,  Sandakan  ditubuhkan  pada  tahun 1964.  Pusat  ini  memberi  perlindungan  kepada  orang  utan  terutamanya  anak-anak  orang  utan  yatim  piatu.  Kalau  kawan-kawan  datang  ke  Sabah,  jangan  lupa  melawat  Pusat  Rehabilitasi  Hidupan  Liar  Sepilok.  Ta-ta. 

Wednesday, 12 January 2022

A FRIGHT IN THE NIGHT

 

Written by Russell Punter


Illustrated by Gerald Guerlais

Ages 4-8 |  32 Pages

Publisher : Usborne

Purchase from : any online retailer, bookstore

Introduction : The house is dark, the blinds are drawn. But wait - is that a light?

This Book 6 in Usborne Very First Reading carries an easy reading text. This book designed for an adult and children to read together. The story begins with Jess, a vet pays a visit to a spooky house and started to treat all strange pets. The story is not spooky at all and it keeps my boy entertained with all the illustration and his imagination while reading this book.
 

Buku cerita ini adalah buku keenam dalam program Usborne Very First Reading. Buku ini direka untuk dibaca oleh ibu bapa dan anak-anak bersama-sama dan mengandungi ayat yang mudah difahami. Cerita ini bermula dengan Jess, seorang doktor haiwan yang datang melawat ke sebuah rumah seram dan merawat haiwan belaan yang ganjil. Buku ini tidak seram malah anak saya terhibur dengan gambar menarik dan imaginasinya semasa membaca buku ini.