Berhampiran dengan bangunan tinggi, terdapat sebuah restoran makanan laut. Jeremi adalah pemilik kepada restoran makanan laut. Jeremi sangat baik hati dan mempunyai rasa belas kasihan kepada anjing jalanan. Setiap hari, Jeremi akan menyediakan makanan di dalam bekas-bekas untuk anjing jalanan.
Si Putih dan Si Coklat selalu singgah di belakang restoran makanan laut untuk makan lewat malam. Selepas itu, Si Putih dan Si Coklat akan duduk di pintu restoran makanan laut semalaman. Kadang-kadang, Si Putih dan Si Coklat akan bergilir-gilir meronda di sekitar kawasan restoran makanan laut. Pada keesokan harinya, mereka terus beredar apabila restoran makanan laut dibuka.
Pada suatu hari, Si Putih menyatakan hasratnya untuk menjenguk ibu bapanya di kampung halamannya. Si Coklat bersetuju dan ingin menemani Si Putih balik ke kampungnya. Mereka berdua lalu menyatakan hasrat mereka kepada Jeremi.
Oleh itu, Jeremi menyediakan makanan laut yang sedap untuk Si Putih dan Si Coklat supaya mereka tidak lapar dalam perjalanan. Ibu bapa Si Putih berasa gembira apabila melihat Si Putih sampai di rumah.