Hai, kawan-kawan. Selamat bertemu kembali di episod keenam. Hari ini, Bobi akan membawa kawan-kawan memahami lebih dalam mengenai bulan melalui pengembaraan Roket Ria 1. Sejak misi Apollo 17 ke bulan pada tahun 1972, tiada lagi angkasawan yang menjejaki bulan selepas itu.
Permukaan bulan adalah kasar dan mempunyai banyak kawah. Bulan juga tidak mempunyai atmosfera. Oleh itu, bulan sentiasa gelap dan tiada bunyi.
Tetapi bulan di atas langit bumi adalah terang dan bersinar. Kenapa ini berlaku? Ini adalah kerana bulan memantulkan cahaya matahari, kawan-kawan.
Satu lagi fakta menarik. Jika kawan-kawan melihat bulan dari bumi, kawan-kawan sentiasa melihat pada permukaan bulan yang sama pada setiap waktu. Dengan kata lain, permukaan bulan yang sebelah lagi adalah sentiasa berpaling dari arah bumi.
Bagaimana dengan graviti di bulan? Cuba teka, kawan-kawan.
A) Ada B) Tiada
Jawapannya ialah ada, tetapi graviti lemah iaitu kira-kira 1/6 sahaja daripada graviti bumi. Contohnya, jika berat Bobi di bumi adalah 60 kilogram , maka berat Bobi di bulan adalah kira-kira 10 kilogram.
Bobi akan membawa kawan-kawan ke planet Marikh (English known as Mars) pada minggu hadapan. Bobi berharap kawan-kawan suka belajar dengan Bobi. Semoga kami bertemu lagi di episod seterusnya. Ta-ta.