Apabila sampai di pintu masuk utama sarkas, kami nampak banyak orang berpusu-pusu masuk ke sarkas. Emak memegang tangan adik dengan erat kerana takut adik tersesat. Tempat sarkas sangat besar dan pentas sarkas sangat cantik. Pentas dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni. Kami berjaya mencari tempat duduk dan persembahan bermula tepat pada masanya.
Persembahan sarkas sungguh menarik. Terdapat badut yang bermain lima bola di atas jongkang-jongket, aksi akrobat berjalan di atas tali yang panjang, ahli ilusi yang membuat magik dan juga persembahan harimau yang mengagumkan. Kostum ahli-ahli sarkas sangat cantik dan bersinar. Sebelum persembahan sarkas tamat, semua ahli sarkas keluar menyanyi dan menari. Meriah sungguh apabila penonton turut bangun dan menari bersama-sama.
Kami balik selepas persembahan sarkas tamat. Kami sungguh gembira kerana dapat menyaksikan persembahan sarkas yang mempesonakan. Bapa berjanji akan membawa kami datang lagi pada tahun hadapan.