Selamat bertemu kembali di episod kelima. Hari ini, Bobi akan membawa kawan-kawan memahami lebih dalam mengenai bumi. Mari lihat pemandangan bumi dari Roket Ria 1. Bumi kelihatan seperti guli biru dengan awan-awan putih yang berputar-putar. Wah, cantiknya permukaan bumi!
Bumi terbentuk kira-kira 4.5 bilion tahun yang lalu. Bumi adalah satu-satunya planet yang kaya dengan sumber alam. Sebanyak 70 peratus permukaan bumi dilitupi oleh air. Tetapi bukan semua sumber air boleh diminum. 97 peratus daripada permukaan air adalah air laut.
Bumi menggunakan 365 hari untuk mengelilingi matahari. Bumi berputar 24 jam untuk melengkapkan satu bulatan pada kedudukannya. Putaran bumi adalah condong dan ini membolehkan bumi mengalami beberapa musim yang berbeza dalam satu tahun.
Bumi merupakan tempat tinggal bagi semua manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ini kerana bumi mempunyai udara, air dan tanah yang subur. Bumi juga planet kesayangan Bobi.
Mari bermain kuiz dengan Bobi. Bumi mempunyai berapa bulan?
A) 1 B) 2 C) 3
Jawapannya ialah satu bulan. Bagus, kawan-kawan kerana dapat menjawab dengan betul. Bobi akan membawa kawan-kawan ke bulan pada minggu hadapan di episod yang seterusnya. Semoga kami bertemu lagi. Ta-ta.