Tokio adalah kawan rapat Leila. Tetapi perlawanan pagi ini haruslah adil dan Leila akan berlawan dengan bersungguh-sungguh. Leila menunggang naganya dan keluar ke tengah gelanggang. Masing-masing memakai baju besi, menunggang naga dan memegang lembing.
Apabila pengadil meniup wisel, Leila memegang lembingnya dengan erat dan mengarah naganya untuk bergerak. Setiap langkah yang diatur haruslah berhati-hati. Lembing Leila dan Tokio bertemu. Bunyi lembing bertarung amat nyaring. Leila menggunakan sepenuh tenaganya untuk berlawan dengan Tokio.
Semasa naga Tokio kelihatan tidak bermaya, Leila menjatuhkan lembing Tokio. Semua penonton di gelanggang bersorak riang. Akhirnya, Leila telah menang dalam perlawanan kali ini. Leila mengangkat kedua-dua tangannya dan menjerit kuat. "Aku sudah menang. Aku sudah menang."
Bahu Leila ditepuk beberapa kali dan kedengaran suara Tokio memanggil Leila. Rupa-rupanya Leila bermimpi di dalam kelas. Leila meminta maaf kepada Cikgu Tan yang sedang mengajar Matematik di dalam kelas.