Bapa membawa kami makan kuih nyonya yang sedap. Saya paling suka kuih seri muka dan kuih dadar. Kuih-muih nyonya sungguh menyelerakan.
Selepas itu, kami berjalan sambil belajar kisah sejarah kota Melaka. Kami melawat Bangunan Merah, Kubu A Famosa, Kubu St. John dan Gereja St. Paul. Walaupun penat berjalan, tetapi kami berasa seronok kerana dapat mendengar cerita-cerita menarik tentang kota Melaka.
Bapa membawa kami makan bebola nasi ayam di sebuah restoran yang terkenal. Kami terpaksa beratur lama dan menunggu giliran sebelum masuk ke restoran itu. Kami berasa letih tetapi berbaloi. Makanan bebola nasi ayam sungguh sedap.
Selepas kenyang, kami melawat Muzium Samudera dan Sungai Melaka. Kami berpeluang menaiki bot untuk menikmati pemandangan kota Melaka di sepanjang Sungai Melaka. Wah, indahnya kota Melaka!
Sebelum balik, kami singgah sebentar untuk makan sate dan cendol. Bertuah betul hidup sebagai rakyat Malaysia kerana dapat menikmati banyak makanan yang sedap.