Pada suatu hari, Ular Naga jatuh sakit dan tidak bertenaga. Ular Naga terpaksa tahan lapar dan sejuk. Ular Naga berjalan perlahan-lahan sehingga sampai di gunung salji. Dia ternampak longgokan kayu yang sedang membakar dan terus duduk. Oleh kerana terlalu letih, Ular Naga tertidur.
Apabila bangun daripada tidur, Ular Naga terkejut kerana melihat Naga Merah sedang memegang kapak. Rupa-rupanya, Naga Merah sedang memotong kayu api. Ular Naga berasa lega dan memberitahu Naga Merah bahawa dia sangat lapar dan sejuk.
Naga Merah bersetuju untuk membenarkan Ular Naga tinggal di gunung salji. Mereka berkawan baik dan saling tolong-menolong. Apabila Ular Naga sembuh, Ular Naga membelah kayu api dan Naga Merah menghidupkan unggun api. Mereka bekerjasama dan hidup dengan gembira.