Ayato seorang budak perempuan yang dilahirkan di sebuah kampung kecil. Kampungnya cantik dan indah dengan pemandangan gunung-ganang. Keluarga Ayato hidup sederhana dan gembira. Pada setiap musim perayaan, ibu Ayato akan membuat berbagai-bagai sushi yang menarik untuk Ayato.
Ayato paling suka makan sushi yang dibuat oleh ibunya. Malangnya, ibu Ayato meninggal dunia semasa Ayato berumur sepuluh tahun. Sejak hari itu, Ayato tidak lagi dapat melihat senyuman bapanya. Setiap hari, bapa Ayato keluar bekerja pada awal pagi dan hanya pulang ke rumah pada lewat malam.
Ayato banyak meluangkan masa dengan datuk dan nenek Ayato. Kata nenek, "Bapa Ayato bekerja keras untuk memberi kehidupan yang lebih baik untuk Ayato."
Ayato belajar bersungguh-sungguh dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajarannya. Ayato mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara tetapi Ayato enggan meninggalkan kampungnya. Ayato tidak sanggup meninggalkan datuk, nenek dan bapanya.
Bapa Ayato memeluk Ayato dan berkata, "Ini adalah hasrat ibu, Ayato. Ibu ingin melihat kejayaan Ayato."
Air mata Ayato terus mengalir dan membasahi pipinya. Hati Ayato amat berat meninggalkan kampungnya tetapi Ayato faham niat bapanya.
Pada hari sebelum Ayato menaiki kapal terbang, bapa Ayato menyediakan berbagai-bagai sushi untuk Ayato. Kata bapa Ayato, "Ibu Ayato akan bangga dengan Ayato. Datuk, nenek dan bapa tunggu Ayato di sini, tempat kelahiran Ayato."